Cash Venture Solution Tentang Kami
Cash Venture Solution merupakan sebuah syarikat berpengalaman yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 mulai dari Ogos 2011 serta mempunyai lesen PPW di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang diluluskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MATLAMAT
Kami menyediakan pinjaman peribadi untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mencapai matlamat atau impian mereka dalam kehidupan peribadi mahupun perniagaan dan lain-lain. Organisasi Kami terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman dalam menilai keadaan kewangan para bakal peminjam dan juga boleh menyelesaikan keperluan kewangan anda agar boleh nikmati kestabilan.
MISI
Idea yang hebat tidak datang setiap hari dan juga tidak datang kepada setiap orang. Kami tidak mahu idea orang ramai tidak berjaya direalisasikan hanya kerana masalah kewangan. Oleh itu, kami menyediakan peluang kepada orang ramai terutama kepada mereka yang mempunyai visi/keinginan dan usaha untuk berjaya serta yang mencari modal yang besar untuk berniaga atau untuk keperluan peribadi bagi menggalakkan pembangunan mikro ekonomi.
VISI
Kami menawarkan produk dan perkhidmatan merangkumi aspek pembiayaan Mikro dimana kami berbeza dari syarikat pemberi pinjaman wang yang lain. Ini penting demi mencapai keputusan perniagaan yang kompetitif seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.
NO LESEN : WL4695/04/01 - 12/250127, NO PERMIT : WP4695/04/01 - 12/250127
SAH DARI : 26/01/2025 - 25/01/2027
Kadar Faedah :- 12% P.A (Bercagar) Dan 18% P.A (Tidak Bercagar)
Alamat Pejabat: MT 639 (DW), Jalan Penara Jaya, Kampong Masjid Tanah, Melaka, Malaysia.